Ubi Gegeli by A&H Warisan Group
As'salamualaikum Wbt
Encik, Cik, Saudara, Saudari sekalian
Encik, Cik, Saudara, Saudari sekalian
PENGENALAN
( KELADI GEGELI/ UBI GEGELI )
Geli-geli, yang juga dikenali dengan nama lain seperti gegeli, segeli, bekil, nyambing, gali-gali, keladi gegeli, dan keladi keris, adalah spesies tumbuhan herba daripada keluarga talas-talasan, Araceae. Nama ilminya ialah Lasia spinosa.
Tumbuhan ini tumbuh di kawasan tropika dan subtropika yang bertanah lembap. Ia adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Benua Kecil India, China Selatan dan Tengah, Taiwan, Indocina, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, dan New Guinea.
KHASIAT
Keladi geli-geli/Ubi Gegeli mengandungi air, karbohidrat, serat, alkaloid, mineral, musilaj, protein, kalsium, kalium, zink, ferum serta vitamin.
Berkhasiat merawat pelbagai masalah kesihatan seperti sakit perut, sembelit, buasir, gout, sakit buah pinggang, air perut yang berkekalan dan juga sebagai rawatan selepas bersalin.
CARA PENGGUNAAN
1. Langkah/Cara Merebus
- Merebus dengan sukatan air yang bersesuaian dengan kuantiti gegeli kering. ( Rujuk Kertas Arahan )
- Tempoh waktu rebusan adalah sehingga air rebusan bertukar warna coklat atau berwarna seperti teh, Setelah itu, padamkan api dan sejukan air rebusan.
- Tapiskan air rebusan ke dalam botol atau bekas yang bersesuaian. Air rebusan di simpan ke dalam peti sejuk untuk air tersebut lebih tahan lama ( Tidak melebihi seminggu ).
- Gegeli yang telah direbus di simpan di dalam bekas dan di simpan dalam peti sejuk kerana selepas air rebusan telah habis, rebus semula gegeli yang di simpan dengan sukatan air yang di cadangkan pada kertas arahan. Dan proses selanjutnya adalah sama seperti di atas. ( Maksimum 3 kali di rebus )
# Info tambahan #
- Untuk air rebusan yang melebihi 3 liter di sarankan di simpan ke tempat bekuan untuk maksimakan tempoh ketahanan air rebusan tersebut. Dan air yang akan diminum sahaja di tempatkan pada bahagian sederhana sejuk.
( Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus menghubungi pihak kami untuk mengetahui perkara lanjut )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ARAHAN PENGGUNAAN UBI GEGELI KERING ( U.G KERING )
1. Sukatan Ubi Gegeli (U.G) Kering & Air
- Untuk setiap 50g U.G kering, guna 1.2 liter air untuk rebusan pertama dan 1 liter air untuk rebusan kedua.
- Sukatan seterusnya digandakan mengikut kaedah ini (contoh: 600g U.G kering = 14 liter air).
- Contoh cadangan: 50g U.G kering → 1.2 liter air; 150g U.G kering → 3.5 liter air.
2. Tempoh Masa Rebusan
- Menggunakan dapur gas: 15 hingga 30 minit.
- Menggunakan dapur kayu: 30 hingga 90 minit.
- Rebus sehingga air bertukar warna coklat atau seperti air teh.
- PERINGATAN: Jangan rebus terlalu lama kerana khasiat produk akan terjejas.
3. Cara Pengambilan & Pengamalan
- Pesakit (tanpa penyakit khas): Minum separuh gelas setiap pagi dan malam sebelum tidur (selama 3 hari).
- Bukan pesakit: Minum separuh gelas pagi dan malam (3 kali seminggu).
- Pesakit dengan penyakit (sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, batu karang dll.):
- Hari 1-3: Separuh gelas setiap pagi, petang dan malam sebelum tidur.
- Hari 4 sehingga 2 minggu seterusnya: Segelas setiap pagi, petang dan malam sebelum tidur.
- Lanjutkan 2-4 minggu secara berterusan. Selepas minggu ke-5 (jika membaik): Amalkan 4 kali seminggu (selama 2 minggu). Jika sakit kembali, kembalikan kepada cadangan awal.
4. Cara Rebusan
- Rebusan pertama ikut sukatan yang diberikan; rebusan kedua kurangkan 200ml air.
- U.G kering yang telah direbus boleh direbus semula maksimum 2 kali sahaja.
- Simpan U.G yang telah direbus dalam bekas/plastik di peti sejuk selepas rebusan pertama.
5. Cara Penyimpanan & Penjagaan
- Air rebusan dan U.G yang telah direbus simpan di peti sejuk untuk tahan lama.
- U.G kering yang belum direbus simpan di tempat kering (kabinet rempah, almari pingan) untuk elak basah/berkuap.
- Jika terdapat kulat putih seperti bulu: Basuh, osok bahagian yang berkulat, dan jemur di bawah matahari seharian sebelum menyimpan semula.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Hubungi pihak kami jika ada kemusykilan atau pertanyaan.
- Pembelian kedua menjadikan anda "Regular Customer" dengan kelebihan istimewa.
- Pembelian secara online/pos akan menerima nombor ahli untuk transaksi seterusnya.
- Khidmat rawatan mengurut tradisional & moden khas lelaki boleh diminta melalui talian yang disediakan.
"Kalau Tak Elok Bagitau Kami, Kalau Elok Bagitau Kawan²"
"Kami Sedia Membantu"
Talian Hotline A&H Warisan :-
Encik Azmil ✓ 011-19872114 [ WhatsApp & Call ]
Puan Hana ✓ 017-7355697 [ WhatsApp & Call ]
Rabu | 31 Disember 2025
Copyright ©️ AzmilHana Warisan Official. Since 2024
Comments
Post a Comment